KUALA LUMPUR – Kerajaan mengunjurkan pertumbuhan ekonomi antara 5.2-5.7 peratus pada tahun ini.
Ia lebih tinggi berbanding 4.3 – 4.8 peratus yang diunjurkan pada bulan Mac lalu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa membentangkan Bajet 2018 hari ini.
Katanya, Bank Dunia juga yakin terhadap prestasi ekonomi Malaysia turut menaikkan unjuran KDNK drpd 4.9 peratus kepada 5.2 peratus pada 2017.
Katanya, defisit fiskal daripada KDNK, dianggar terus berkurang kepada 3.0 peratus pada tahun ini dan 2.8 peratus pada tahun 2018.
Malah, tiga agensi penarafan kredit antarabangsa mengekalkan kredit Malaysia pada penarafan ‘A-’ dgn prospek yang stabil. – MalaysiaGazette