Home #Bajet2018 Gadai tanah air, Najib tempelak Azmin, Guan Eng

Gadai tanah air, Najib tempelak Azmin, Guan Eng

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat Parlimen, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 27 OKTOBER 2017.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak memulangkan paku buah keras kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung lawatannya bersama Menteri Kabinet ke luar negara.

Perdana Menteri berkata, ketika lawatannya itu, kedengaran suara menuduh kononnya beliau telah menggadai tanah air dan menjual negara.

“Tetapi, saya diberitahu baru-baru ini Menteri Besar Selangor ada berkunjung ke tanah besar China. Nak jual Selangor ke?

“Begitu juga, saya mendapat tahu Bagan (Guan Eng) melawat luar negara. Nak gadai negeri juga ke?” tanya beliau ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat, hari ini.

Najib turut mengingatkan Mohamed Azmin dan Guan Eng serta pemimpin pembangkang dalam Pakatan harapan (PH) agar lebih berhati-hati dalam membuat tuduhan kepada kerajaan kerana air liur yang mereka ludah ke langit, akan jatuh ke muka sendiri.- MalaysiaGazette