KUALA LUMPUR – Kerajaan menyediakan sebanyak RM250 juta kepada 500,000 pencarum Sijil Simpanan Pendidikan 1Malaysia (SSP1M) berumur 7 hingga 12 tahun.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, geran sepadan RM500 akan diberikan kepada mereka yang mempunyai caruman sekurang-kurangnya RM500 dan hanya boleh dikeluarkan apabila mencapai usia 18 tahun.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, tempoh pelepasan cukai pendapatan individu dilanjutkan, terhad kepada RM6,000 bagi simpanan bersih yang dibuat dalam SSP1M selama tiga tahun mulai tahun taksiran 2018. – MalaysiaGazette
how to join
Hello nak tanya 6tahun boleh tak join…