Home #Bajet2018 Lapangan terbang P. Pinang, Langkawi akan dinaik taraf

Lapangan terbang P. Pinang, Langkawi akan dinaik taraf

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menaiktaraf Lapangan Terbang Antarabangsa P. Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Membentangkan usaha kerajaan itu di dalam Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini, Perdana Menteri turut memberitahu bahawa satu lapangan terbang baharu iaitu Lapangan Terbang Mukah akan dibina manakala Lapangan Terbang Kota Bharu dan Sandakan pula akan diperbesarkan.

Pengumuman tersebut merupakan sebahagian inisiatif kerajaan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan termasuk pengangkutan udara. – MalaysiaGazette