KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
Datuk Seri Najib Razak berkata, pembinaan baharu bagi lapangan terbang Mukah dan Lapangan Terbang Kota Bharu dan Sandakan.
Beliau berkata, satu kajian mengenai lapangan terbang baru di Pulau Tioman sedang dijalankan oleh kerajaan dan merancakkan pembangunan di Labuan.
“Kerajaan juga akan membuat kajian kebolehlaksanaan bagi membina jambatan menghubungkan Labuan dan tanah besar di Sabah,” kata beliau yang juga Menteri Kewangan. – MalaysiaGazette