Home #Bajet2018 Pembangkang terdiam

Pembangkang terdiam

KUALA LUMPUR – Pembangkang terdiam apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rizab antarabangsa negara ketika ini adalah sebanyak RM429 bilion, demikian menurut Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Lian.

“Terdiam pembangkang apabila Perdana Menteri @NajibRazak mengumumkan perkara ini dalam #Bajet2018…satu lagi penipuan didedahkan apabila mereka berkata negara ini akan bankrap,” katanya dalam laman twitternya.

Beliau berkata demikian di dalam reply tweet terdahulu yang mengucapkan syabas kepada Perdana Menteri berikutan keupayaan negara memiliki rizab antarabangsa yang banyak.

Terdahulu, Najib selaku Menteri Kewangan sebelum itu memberitahu Parlimen, Malaysia mempunyai rizab antarabangsa berjumlah RM429 bilion semasa pembentangan Bajet 2018 di sini hari ini.

“Rizab antarabangsa terkini adalah AS$101.4 bilion, pada 1997 hanya AS$21.7 bilion.

“Kalau rizab serendah AS$21.7 bilion pun tidak bankrap, apatah lagi sekarang AS$101.4 bilion,” kata Najib. – MalaysiaGazette