Home #Bajet2018 RM250j bagi pendidikan generasi TN50

RM250j bagi pendidikan generasi TN50

Reaksi Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melihat isi buku teks ucapan Bajet 2018 sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat, Parlimen, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 27 OKTOBER 2017

KUALA LUMPUR – Dalam penyediaan pendidikan untuk generasi TN50, Bajet 2018 memperuntukkan sejumlah RM250 juta untuk menyediakan pusat Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Ia bertujuan untuk melatih guru pakar STEM menggunapakai fasiliti institut pendidikan guru sedia ada dengan kerjasama Akademi Sains Malaysia.

Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2018 berkata, usaha meningkatkan modul Komputer Sains termasuk program coding dalam kurikulum sekolah rendah dan menengah.

Selain itu, Bajet 2018 juga  memperuntukan RM190 juta bagi menaik taraf 2,000 kelas menjadi Bilik Darjah Pintar Pembelajaran Abad ke-21 dan menyediakan RM20 juta kepada Agensi Pembangunan Budaya Ekonomi bagi mengangkat mutu budaya.

Perdana Menteri menambah, dalam mempersiap bakat kerja, Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) akan diteruskan dengan pengambilan 25,000 perintis pada tahun depan.

Syarikat swasta yang mendapat kontrak kerajaan diwajibkan memperuntukan satu peratus daripada nilai projek kepada SL1M. – MalaysiaGazette