Home #Bajet2018 RM90j untuk MyBrain

RM90j untuk MyBrain

KUALA LUMPUR – Bajet 2018 memperuntukkan sejumlah RM2.2 bilion bagi biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Kesihatan.

Perdana Menteri berkata, sejumlah RM400 juta untuk geran penyelidikan dan pembangunan Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam berbanding RM235 juta pada bajet lalu.

Menurut Datuk Seri Najib Razak, sebanyak RM90 juta turut diperuntukan bagi program MyBrain untuk 10,600 orang yang melanjutkan pendidikan di peringkat sarjana dan kedoktoran.

Manakala, setiap penuntut IPT dan tingkatan enam akan diberi bantuan Baucar Buku bernilai RM250, bakal dimanfaatkan kepada 1.2 juta pelajar. – MalaysiaGazette