KUALA LUMPUR – Terkenal dengan gaya kemas dan pemilihan pakaian dan warna yang sering menangkap mata, sejak beberapa hari lalu para netizen mula berteka-teki apakah warna baju Melayu yang bakal disarung Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2018 hari ini.
Tatkala beliau melangkah memasuki bangunan Parlimen pada kira- kira jam 3.15 petang, semua mata tertumpu pada Menteri Kewangan 1 yang kelihatan bergaya menyarung baju Melayu berwarna biru.
Namun apa yang pasti, bukan Najib sahaja yang berbusana biru sebaliknya ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional yang lain turut menyertai #teambiru dengan mengenakan pakaian rona serupa.
Ini sesuatu pemandangan berbeza berbanding pembentangan bajet sebelum ini yang mana masing-masing mengenakan pakaian mengikut warna kegemaran masing-masing.
Mungkin mahu menunjukkan kesatuan hati para Ahli Parlimen Barisan Nasional menjelang pilihan raya tidak lama lagi, masing-masing memilih untuk memakai pakaian berwarna serupa.
Bajet 2018 bertemakan Mensejahterakan Rakyat dijangka memberi fokus kepada isu-isu kos sara hidup dan membantu meringankan beban rakyat. – MalaysiaGazette
Warna baju Melayu PM dan bajet PRU-14