Home Utama Pukul anggota Rela, polis minta ‘Datuk Seri’ serah diri

Pukul anggota Rela, polis minta ‘Datuk Seri’ serah diri

rela-pukul-640x364
Tiga anggota Rela iaitu Melvin Cheong Mun Khai, 19, Lee Weng Poh, 27, dan Leong Jiun Jie, 21, masing-masing mengalami kecederaan di kepala, mata dan perut selepas mendakwa dipukul dan ditendang oleh seorang lelaki bergelar Datuk Seri pada tahun lalu.

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) —  Polis meminta seorang lelaki dipercayai bergelar ‘Datuk Seri’, yang didakwa memukul tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di sebuah tokong di Jalan Ampang di sini pada Jumaat, supaya tampil menyerah diri bagi membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata pihaknya sudah mengenal pasti suspek berusia 29 tahun itu.

“Kami minta lelaki itu serah diri bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, tiga anggota Rela iaitu Melvin Cheong Mun Khai, 19, Lee Weng Poh, 27, dan Leong Jiun Jie, 21, masing-masing mengalami kecederaan di kepala, mata dan perut selepas mendakwa dipukul dan ditendang lelaki itu.

Kejadian dikatakan bermula apabila mereka meminta suspek mengalihkan kenderaan Toyota Vellfire milik suspek yang menganggu lalu lintas, namun dia enggan berbuat demikian.

— BERNAMA

4281f187e28ee0a2a132954d2a193458?s=150&d=mp&r=g
+ posts

Comments are closed.