KUALA LUMPUR – Fokus kerajaan kepada Transformasi Nasional (TN50) akan memberi impak positif kepada industri teknologi dan komunikasi (ICT).
Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (PIKOM) yang menyambut baik senarai-senarai insentif di bawah Bajet 2018 menyifatkan ia satu rangsangan kepada ekonomi dan memberi faedah kepada rakyat.
Katanya, dengan ekonomi kukuh yang dijangka berkembang sebanyak 5.2 peratus pada 2017, beberapa peluang perniagaan yang boleh dijangkakanĀ melalui peruntukan RM200 juta kepada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk projek impak yang tinggi.
Selain itu, dana RM2 bilion untuk Revolusi Perindustrian 4.0 dengan jaminan kerajaan sebanyak 70 peratus, peruntukan RM200 juta untuk latihan untuk SME Corp, sejumlah RM150 juta untuk eksport termasuk Geran Pembangunan Pasaran dan dana permulaan bagi modal teroka termasuk dana RM1 bilion.
Pikom berkata, kerajaan telah memberi lebih banyak penekanan kepada pembangunan modal insan pada tahun 2018, terutama pada pengekodan di sekolah, Pendidikan STEM, dengan latihan guru sebanyak RM250 juta.
Peruntuk RM190 juta untuk menaik taraf 2,000 kelas bagi bilik kelas pintar pintar abad ke-21 untuk meningkatkan pembelajaran berasaskan kreatif dan pemikiran inovatif. – MalaysiaGazette