Home Nasional Plaza Tol Bukit Kayu Hitam pindah lokasi

Plaza Tol Bukit Kayu Hitam pindah lokasi

PLUS

KUALA LUMPUR – Operasi Plaza Tol Bukit Kayu Hitam di KM0.65 di Lebuhraya Utara-Selatan akan berpindah ke lokasi baharu di KM1.0 mulai pukul 6 pagi esok.

Selepas beroperasi di lokasi baharu pada tarikh tersebut, kutipan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam berkuatkuasa sehingga 31 Disember 2017 sahaja. kata PLUS Malaysia Berhad (PLUS).

Ini berikutan pengumuman pemansuhan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2018 pada Jumaat lalu.

Lokasi yang baharu ini adalah sebahagian daripada projek pembangunan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin & Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam yang baharu.

Selain daripada itu, bermula 1 November akan datang, plaza tol ini akan melanjutkan tempoh operasinya iaitu di antara jam 6 pagi hingga 2 pagi setiap hari berbanding tempoh operasi 6 pagi hingga 12 tengah malam pada ketika ini bagi urusan perjalanan orang ramai di sempadan.

Pembukaan plaza tol ini juga adalah serentak dengan pembukaan Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam yang baharu esok. – MalaysiaGazette