Home Ekonomi Petronas pantau garis panduan JFTC

Petronas pantau garis panduan JFTC

TOKYO – Petronas memantau cadangan Suruhanjaya Perdagangan Jepun (JFTC) untuk menghadkan penjualan semula kontrak LNG, demikian menurut laporan akhbar Nikkei yang memetik Ketua Pegawai Eksekutif syarikat minyak tersebut, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

“Kami berhasrat untuk memantau cadangan JFTC itu,” katanya kepada wartawan di Tokyo.

Pada Jun lalu, JFTC mencadangkan supaya penjual LNG tidak melaksanakan had penjualan dalam kontrak baharu dan perlu menyemak semula had destinasi dalam perjanjian sedia ada.

Anak syarikat Petronas dan Jera milik Jepun menandatangani perjanjian LNG selama tiga tahun pada Oktober dengan terma destinasi menyebut “sejajar dengan garis panduan JFTC pada Jun.

Menurut Wan Zulkiflee, harga LNG mungkin menjadi mahal sedikit bagi kontrak-kontrak tanpa had destinasi.- MalaysiaGazette