Home Dunia PIA tertinggal 2 keranda pada penerbangan terakhir New York – Lahore

PIA tertinggal 2 keranda pada penerbangan terakhir New York – Lahore

NEW YORK – Pakistan International Airlines (PIA) mengarahkan siasatan dilakukan selepas syarikat penerbangan itu tertinggal dua keranda di New York.

Kedua-dua keranda itu sepatutnya diterbangkan ke Lahore pada 28 Oktober lalu tetapi tertinggal di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy.

Ia merupakan penerbangan PIA terakhir untuk laluan New York-Lahore berikutan keputusan syarikat penerbangan tersebut menggantung perkhidmatan ke New York.

Berikutan itu, Etihad Airlines mengambilalih tanggungjawab tersebut.

PIA menyalahkan kakitangan pengandalian darat namun para waris mengkritik syarikat penerbangan itu.

PIA berkata, ia ‘kesal terhadap kesulitan yang dihadapi berikutan kecuaian sebahagian daripada agensi yang mengendalikan perkhidmatan darat untuk syarikat itu dan melahirkan rasa simpati kepada ahli keluarga jenazah,”.

Salah seorang ahli keluarga telah meminta Nauman Badar dikebumikan di Maryland, Amerika Syarikat bagi membolehkan mayat itu dikebumikan dengan segera manakala jenazah Nasir Ali diterbangkan ke Lahore dengan menggunakan Etihad Airways, menurut kenyataan PIA.

PIA berkata, ia akan menanggung semua perbelanjaan terbabit. – Agensi