SHAH ALAM – Kapten pasukan Kedah, Khairul Helmi Johari kecewa apabila pasukanya gagal mempertahankan Piala Malaysia yang dimenanginya musim lalu.
Ia merupakan saat yang tidak akan dapat dilupakan.
“Malam ini kami kalah lagi seperti pada tahun 2015 dan apapun saya mengucapkan terima kasih kepada pengurusan pasukan dan kejurulatihan serta pemain yang sangat komited musim ini.
“Bukannya mudah untuk sampai ke tahap final, cuma sedih tidak berjaya mempetahankan piala itu.
“Yang pasti ia tidak akan terhenti di sini sahaja. Kami akan bangkit tahun depan untuk kembali ke final dan merampas gelaran itu,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Stadium Shah Alam selepas perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim malam tadi.
Kedah yang merupakan juara Piala FA musim ini tewas 0-2 di tangan JDT.
Walaupun tewas, Khairul HilmiĀ tetap berpuas hati dengan tahap persembahan pasukannya malam tadi.
“Tahun depan saya tak pasti pemain mana yang akan kekal atau tinggalkan kelab, kalau ada rezeki kami kekal bersama lagi, kami akan bekerja lebih keras untuk maju pada musim 2018,” katanya. – Malaysia Gazette.