GEORGETOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak akan mengisytiharkan darurat buat masa ini.
Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, setakat ini tidak ada keperluan untuk isytihar darurat kerana keadaan terkawal dengan bantuan Kerajaan Persekutuan.
Pulau Pinang dilanda banjir yang teruk, selain tanah runtuh selepas mengalami hujan lebih 15 jam.
Bagaimanapun, katanya, negeri itu akan mengisytihar darurat jika Kerajaan Persekutuan merasakan ia perlu.
“Ini kerana pengisytiharan (darurat) dibuat dengan nasihat Kerajaan Persekutuan,” katanya di sini. – MalaysiaGazette