Home Ekonomi TM tawar pek unifi edu, ebiz

TM tawar pek unifi edu, ebiz

KUALA LUMPUR – unifi, Pembekal Perkhidmatan Komunikasi Konvergens Kumpulan Telekom Malaysia Berhad (TM) memperkenalkan dua pakej terbaharu.

Pakej-pakej tersebut ialah pek unifi edu dan pek unifi ebiz khusus untuk para pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh Malaysia dan e-usahawan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Kedua-dua pakej tersebut diperkenalkan sebagai kesinambungan kepada Pelan Penambahbaikan Jalur Lebar (BIP) TM untuk menyediakan akses yang lebihluas dan pantas.

Pakej unifi edu dengan pelan LITE, ADVANCE atau PRO menawarkan akses jalur lebar dengan kepantasan sehingga 100Mbps dan muat turun sekali aplikasi mudah alih wifi@unifi yang dinamakan i-foundit!

Melalui aplikasi tersebut, pengguna boleh menggunakan wifi@unifi di lebih dari 6,500 lokasi seluruh Malaysia, bermula pada harga serendah RM99 sebulan.

Rakyat Malaysia berumur dari 18 sehingga 25 tahun, yang mempunyai kad pengenalan pelajar yang sah, bermastautin dan belajar di Malaysia layak untuk melanggan pakej tersebut.

Pelanggan pakej unifi ebiz dengan BIZ LITE, BIZ ADVANCE atau BIZ PRO juga akan dapat menikmati kesemua yang di atas, dengan tambahan pilihan rumusan ICT seperti Instaweb,
aplikasi berguna yang membolehkan pengguna membina laman web perniagaan sendiri serta keupayaan analitikal.

Pakej itu ditawarkan dari harga serendah RM199 sebulan dan pelanggan boleh menikmati penjimatan sehingga RM2,880.00 bagi tempoh kontrak 24 bulan.

Pemilik perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah kategori ‘perniagaan Internet’ layak untuk melanggan pakej ini dan menikmati sepenuhnya faedah yang ditawarkan.

Para pelajar IPT dan usahawan tekno yang berminat untuk melanggan pakej-pakej unifi edu dan ebiz boleh memohon di TMpoint yang berdekatan. – MalaysiaGazette