KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan satu video tular di media sosial menunjukkan seorang pelajar dibelasah teruk hari ini bukan berlaku di Malaysia.
Dalam satu kenyataannya, rakaman itu diambil daripada sebuah portal berita tempatan Indonesia bernama Warta Kota melaporkan kejadian tersebut berlaku di daerah Warga Kota, Bogor.
Dalam rakaman itu seorang individu yang dipercayai guru menumbuk pelajar seperti berlawan boxing di dalam kelas.
KPM memandang serius dan ingin mengingatkan semua pihak agar mengesahkan dahulu semua jenis maklumat yang diterima melalui media sosial.- MalaysiaGazette