Home Ekonomi Harga Brent terus teguh

Harga Brent terus teguh

NEW YORK – Harga minyak melonjak ke tahap tertinggi sejak Julai 2015.

Minyak mentah Amerika Syarikat melepasi paras AS$56 setong untuk pertama kalinya dalam lebih daripada dua tahun.

Niaga hadapan minyak mentah Brent pula didagangkan lebih daripada 3 peratus – lebih tinggi kepada AS$64.03 setong pada 1.30 pagi waktu timur (1830 GMT).

Prestasi itu didorong selepas Putera Mahkota Arab Saudi mengukuhkan kuasanya dengan tindakan keras terhadap rasuah, sementara saham di seluruh dunia tidak banyak berubah dan mata wang utama kekal dalam lingkungan yang ketat.

Putera Mohammed bin Salman juga terlibat dalam pembaharuan ekonomi termasuk rancangan untuk menyenaraikan beberapa bahagian syarikat minyak milik negara Saudi Aramco pada tahun depan, dengan harga minyak yang lebih tinggi – dilihat sebagai manfaat untuk pasaran modal syarikat-syarikat yang akan disenaraikan di masa hadapan.

Berita itu menimbulkan kebimbangan terhadap aliran keluar wang dari Timur Tengah dari pasaran kewangan global.

Kawalan peraturan kewangan lebih ketat oleh Gabenor Bank Pusat China juga menjejaskan sentimen pelabur antarabangsa. – MalaysiaGazette