Home Dunia Hotel mewah untuk tahanan elit Arab Saudi?

Hotel mewah untuk tahanan elit Arab Saudi?

RIYADH – Kurang daripada dua minggu lalu, Hotel RItz-Carlton di Riyard menjadi hos kepada pemimpin dunia dan pegawai kanan.

Kini ia kelihatan seakan-akan menjadi pusat tahanan untuk kerabat raja Arab Saudi yang terperangkap dalam siasatan rasuah.

Sekurang-kurangnya 17 putera raja dan pegawai kanan kerajaan ditahan Sabtu lalu selepas Raja Salman bin Abdul Aziz mengarahkan misi pemutihan yang belum pernah dilakukan sebelum ini.

Reuters dan Wall Street Journal melaporkan sekurang-kurangnya beberapa orang yang ditahan itu diletakkan di hotel lima bintang tersebut.

CNN tidak dapat mengesahkan laporan tersebut dan pemilik hotel berkenaan – Marriott (MAR) – tidak memperincikan kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad lalu bahawa ia sedang ‘menilai keadaan tersebut’.

Bagaimanapun, terdapat banyak bukti nerlaku aktiviti luar biasa. Laman sesawang tempahan hotel menunjukkan hotel yang mempunyai 492 bilik di ibu negara Arab Saudi itu telah habis ditempah sehingga akhir November, lapor CNN.

Semalam, seorang ahli pasukan pemasaran Ritz-Carlton berkata, hotel itu akan mula mengambil tempahan bermula 1 Disember ini.

Berikutan itu tercetus spekulasi pada media sosial selepas paparan twitter mencadangkan pelanggan hotel dipaksa meninggalkan hotel tersebut pada hujung minggu. Komunikasi dengan hotel diputuskan.

“Berikutan perkara yang ridak dapat dielakkan, internet dan talian telefon hotel kini diputuskan sehingga diberitahu kelak,” menurut laman sesawang hotel itu semalam.

Antara individu yang ditahan ialah ahli perniagaan, Putera Alwaleed bin Talal, bekas ketua mahkamah diraja, Khaled Al-Tuwaiji dan tokoh media Arab Saudi, Waleed Al-Ibrahim.

Hotel Ritz-Carlton akan menjadi pusat tahanan mewah untuk golongan kaya Timur Tengah. Ia merangkumi kediaman suite Royal yang mempunyai dua buah bilik dan menawarkan ‘spa lelaki sahaja’, beberapa restoran mewah dan taman seluas 52 ekar (21 hektar).

Ia juga merupakan hotel penginapan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Mei lalu.

Pada akhir bulan lalu, hotel tersebut merupakan lokasi persidangan pelaburan yang disifatkan seperti ‘Davos in the desert (Davos di padang pasir)’. Lebih daripada 3,500 pemimpin perniagaan dan pegawai kerajaan termasuk bos HSBC, Stuart Gulliver, ketua Tabung Kewangan Antarabangsa, Christine Lagarde dan Ketua Pegawai Eksekutif Softbank, Masayoshi Son menghadirinya.

Persidangan tersebut diterajui oleh putera mahkota Mohammed bin Salman manggesa rombakan pemulihan yang menyasar mengurangkan kebergantungan negara itu ke atas minyak dalam dekad akan datang.

Putera itu juga mengetuai jawatankuasa anti rasuah yang mempunyai kuasa untuk menyiasat, menahan dan mengeluarkan larangan perjalanan selain membekukan asut mereka yang didapati terlibat dengan rasuah. – Agensi

1 Komen

  1. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    Dengan Segala Hormatnya Dan Dengan Penuh Takzim Kami Ingin Mengucapkan Jutaan Terima Kasih Dan Setinggi-tinggi Penghargaan Kepada Yang Dihormati Tan Sri / Dato’ Sri / Datuk Seri / Datuk / Dato’ / Tuan / Puan/ Muslimin / Muslimat, Saudara / Saudari Yang Dirahmati Allah SWT Sekalian Diatas Sokongan Dan Kepercayaan Yang Tidak Berbelah Bagi Kepada Pihak Kami Ihya Assunnah Solution
    MOHON SUMBANGAN IKHLAS UNTUK MEMBINA TANDAS DAN TANGKI AIR BERSIH DI MARKAZ UMAR AL-KHATTAB DI KAMPUNG SOM, SELATAN KEMBOJA
    LEPASKAN DIRIMU DARI AZAB NERAKA DENGAN SEDEKAH
    SABDA RASULULLAH SHALLALLAAHU’ALAIHI WA SALLAM,
    مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِى بِهِمُ الْمَلاَئِكَةَ فَيَقُولُ مَا أَرَادَ هَؤُلاَءِ
    “Tidak ada hari dimana Allah membebaskan hamba dari neraka lebih banyak dari hari Arafah. Dan sungguh Allah mendekat, kemudian membanggakan hamba-hamba-Nya kepada para malaikat, seraya berfirman: Apa yang mereka inginkan.” [HR. Muslim dari Aisyah radhiyallahu’anha]
    Dan diantara sebab utama seorang hamba dibebaskan dari api neraka adalah sedekah, sebagaimana sabda Rasulullah shallallaahu’alaihi wa sallam,
    اتّقُوا النّارَ ولَو بشِقّ تَمرَة فمَن لم يجِدْ شِقّ تَمرَة فبكَلِمةٍ طيّبَة
    “Bentengi dirimu dari api neraka walau hanya dengan sedekah sepotong kurma, barangsiapa tidak mendapatkan sepotong kurma untuk sedekah maka hendaklah ia berkata yang baik.” [HR. Al-Bukhari dan Muslim dari Adi bin Hatim radhiyallahu’anhu]
    Markaz Umar Al-Khattab Di Kampung Som, Selatan Kemboja Dibawah seliaan Asian Faundation For Education And Developman memohon jasa baik semua pihak untuk membantu kami menyiapkan tandas dan tangki air bersih bernilai USD 750 melalui akaun bank Acleda Bank Plc No 0700 02129439 1 3 atau Akaun Maybank Ihya Assunnah Solution 553131011505.
    Sila hantar sms atau slip bank in ke talian 0199576237 Ustaz Amin AJK Asian Faundation For Education And Developman ( wakil di Malaysia ) atau email kepada [email protected] atau Dr. Zahry (Pengurus Markaz Umar Al-Khattab-Kemboja) +855 88580 8813.
    Nota Tambahan:
    Mohon jasa baik tuan/puan war-warkan mesej ini kepada individu2 dan group2 lain.
    Wassalam.

    https://muslimcambodiablog.wordpress.com/2017/11/04/mohon-sumbangan-ikhlas-untuk-membina-tandas-dan-tangki-air-bersih/

Comments are closed.