Home Dunia Mugabe pecat timbalannya

Mugabe pecat timbalannya

Emmerson Mnangagwa

ZIMBABWE – Naib Presiden Zimbabwe, Emmerson Mnangagwa dipecat daripada jawatannya.

Menteri Penerangannya, Simon Khaya Moyo berkata, Mnangagwa, 75 disingkirkan kerana tidak setia.

Penyingkiran Mnangagwa itu didakwa akan membolehkan isteri Presiden Robert Mugabe, Grace mengikut jejak suaminya untuk menjadi pemimpin negara itu.

Grace sebelum ini didakwa telah menggesa Mugabe memecat Mnangagwa.

“Naib Presiden telah mempamerkan ciri-ciri ketidaksetiaan,” kata Moyo.

Mnangagwa, bekas ketua perisikan, telah menjadi calon utama untuk menggantikan Mugabe, 93.

Dengan pemecatan itu, bermakna Grace dijangka dilantik sebagai naib presiden pada kongres khas parti pemerintah Zanu-PF pada bulan depan.

Grace didakwa menyeru parti itu untuk menyingkir Mnangagwa, menurut akhbar Herald.

Bercakap kepada anggota kumpulan gereja pribumi pada perhimpunan di Harare pada hari Ahad lalu, Grace berkata: “Ular mesti diketuk atas kepalanya’.

“Kita harus berurusan dengan ‘ular’ sebenar di sebalik puak-puak dan perpecahan dalam parti. Kita akan ke kongres sebagai sebuah parti bersatu.”

Bulan lalu, Grace memberi amaran tentang rancangan rampasan kuasa, yang membayangkan bahawa penyokong-penyokong Mnangagwa yang menjadi dalangnya, – MalaysiaGazette