NEW DELHI – Qatar Airways terpajsa membuat pendaratan cemas selepas seorang wanita mengamuk selepas mendapati suaminya menipu.
Wanita itu, seorang warga Iran, sedang melancong dari Doha ke Bali bersama suaminya dan anaknya dalam penerbangan Qatar Airways pada Ahad lalu.
Penipuan itu disedari ketika wanita berkenaan membuka telefon bimbit milik suaminya yang sedang tidur.
Marah dengan penipuan yang dilakukan, wanita itu bertindak memukul suaminya.
Anak-anak kapal cuba memenangkan wanita tersebut tetapi gagal.
Wanita, suaminya dan anak mereka dibawa keluar dari pesawat, yang kemudiannya ke Indonesia, kata seorang pegawai keselamatan.
“Tiada tindakan polis diambil,” kata pegawai itu. – MalaysiaGazette