Home Sukan Fenerbahce minat Luke Shaw

Fenerbahce minat Luke Shaw

Luke Shaw. Foto Daily Express

TURKI – Fenerbahce meluahkan minat untuk mendapatkan khidmat pemain Manchester United, Luke Shaw  pada Januari ini.

Susulan itu, United dilapor telah memberi lampu hijau kepada pemain berusia 22 tahun itu jika ingin menerima tawaran berkenaan.

Bagaimanapun, pertahanan kiri itu belum memberi kata putus untuk berhijrah ke kelab Turki itu.

Jose Mourinho dijangka menjual Shaw selepas dia tidak menjadi pilihan lagi pengurus berkenaan.

Sepanjang musim ini, dia hanya bermain untuk 48 minit selepas dilabel sebagai tidak cergas.

Prestasi Shaw di Old Trafford yang hadir dengan nilai £27 juta pada 2014 merudum selepas dia patah kaki ketika beraksi menentang PSV dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah pada 2015. – MalaysiaGazette