KUALA LUMPUR – Harga petrol dan diesel bagi tempoh 9 hingga 15 November ini naik antara 3 sen seliter hingga 7 sen seliter.
Berkuatkuasa tengah malam ini, harga RON95 dinaikkan sebanyak 7 sen seliter kepada RM2.31 seliter manakala RON97 naik 6 sen seliter dan dijual pada harga RM2.60 seliter.
Diesel pula dijual pada harga RM2.20 seliter, naik 3 sen seliter.
Mekanisme harga minyak secara mingguan berkuatkuasa 29 Mac tahun ini. – MalaysiaGazette