Home Seni Hidup Pelakon naik minyak?

Pelakon naik minyak?

KUALA LUMPUR – Pengumuman kenaikan harga bahan api yang dilaporkan melalui laman-laman portal berita tempatan sejak semalam, memberi pelbagai kesan kepada rakyat Malaysia.

Pelbagai reaksi dalam kalangan netizen di laman media sosial termasuk ada yang memuji kenaikan harga tersebut, ada juga yang meradang.

Bagi seorang pelakon wanita tempatan, Nur Fathia Abdul Latiff, 30, tidak ketinggalan untuk meluahkan perasaan berkenaan kenaikan bahan bakar tersebut.

Beliau yang juga dikenali sebagai Fathia Latiff, mempersoalkan peningkatan harga minyak tersebut yang berkuat kuasa tengah malam tadi.

“Minyak naik lagi RM2.31 sen! Siapa sakit hati? Ke tak rasa apa-apa sebab dah immune?” katanya

Dalam status yang dimuat naik ke akaun Twitter miliknya malam tadi, beliau turut meluahkan bahawa sukar untuk menerima kenaikan harga minyak itu.

“Dengar tak kami tak boleh terima harga minyak naik? Kami tiadalah kaya mana. Ke buat-buat p.e.k.a.k?”

Semalam, harga petrol dan diesel bagi tempoh sembilan hingga 15 November bulan ini dilaporkan naik antara tiga sen hingga tujuh sen seliter.-MalaysiaGazette