NEW YORK – Harga minyak meningkat hampir satu peratus pada Khamis disokong oleh pengurangan bekalan daripada pengeksport-pengeksport utama serta kebimbangan berterusan terhadap perkembangan politik Arab Saudi.
Harga minyak Brent LCOc1 meningkat 44 sen atau 0.7 peratus pada AS$63.93 setong, menghampiri paras intra-day AS$64.65 pada Selasa yang merupakan paras tertinggi sejak Jun 2015.
US light crude CLc1 meningkat 46 sen atau 0.8 peratus pada AS$57.27.
“Langkah tersebut dipacu oleh perkembangan di Arab Saudi sejak beberapa hari lalu serta jangkaan pengukuhan kuasa oleh Raja Salman dan Putera Mahkota akan berterusan,” kata Penganalisi Kanan Tenaga, Interfax Energy’s Global Gas Analytics, Abhishek Kumar di London.
Pasaran yakin OPEC akan memanjangkan tempoh perjanjian pengurangan bekalan pada mesyuarat akan datang.
Langkah ini pastinya akan menyokong pasaran, kata Abhishek.
Arab Saudi merancang mengurangkan eksport sebanyak 120,000 tong sehari pada Disember ini berbanding bulan sebelumnya.
Ini sekaligus mengurangkan peruntukan kepada semua rantau, kata seorang jurucakap kementerian tenaga kepada Reuters.-MalaysiaGazette