Home Seni Hidup MAZHAB pelopori madu asli atasi masalah kulit

MAZHAB pelopori madu asli atasi masalah kulit

Rangkaian produk MAZHAB mempertaruhkan madu asli sebagai bahan utama produk selain asid hyaluronic dan ekstrak kunyit.

KUALA LUMPUR –  MAZ Health & Beauty Sdn. Bhd. (MAZHAB) yakin jualannya dapat melonjak kepada 8,000 unit sebulan bagi semua produk bermula hujung tahun ini sehingga 2018.

Pengarah Urusannnya, Ahmad Mustaqim Murad berkata, sasaran jumlah itu berikutan menerima sambutan menggalakkan daripada pengguna walaupun tidak sampai setahun berada di pasaran sejak awal Januari lalu.

“Ketika ini, jualan kesemua rangkaian produk MAZHAB berjaya melebihi 5,000 unit sebulan.

“Pure Honey Facial Serum menjadi produk pilihan popular kerana memiliki fungsi empat dalam satu iaitu sebagai penyegar wajah, serum pelembap, serum dan asas solekan,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini baru-baru ini.

Ahmad Mustaqim Murad dan Azizah Azizan merupakan pengasas produk MAZ Health & Beauty Sdn. Bhd.

MAZHAB kini mempunyai empat produk iaitu Pure Honey Facial Serum, Pure Honey Sleeping Masque, Lokha Antiseptic Spray dan Lokha Plus.

Ahmad Mustaqim menjelaskan MAZHAB mempertaruhkan madu asli sebagai bahan utama produk selain asid hyaluronic dan ekstrak kunyit kombinasi semua bahan itu dipercayai mengandungi khasiat berguna terhadap kulit.

Katanya, kesemua bahan itu membantu untuk mengurangkan jerawat, pigmentasi, melembap serta memberikan kesan antipenuaan ke atas kulit.

Sementara itu, Pengarah Eksekutifnya yang juga duta produk, Azizah Azizan berkata, dia telah mencuba kesemua produk yang dihasilkan terlebih dahulu sebelum diedarkan di pasaran bagi memastikan produk yang dihasilkan berkualiti dan memenuhi kehendak pengguna.

“Setakat ini, MAZHAB dijual pada harga berpatutan bermula RM20 sehingga RM83 seunit.

“Kami juga mempunyai 36 ejen dan menyasarkan penambahan kepada 25 ejen menjelang akhir tahun ini,” katanya.

Pengguna tidak perlu ragu-ragu dengan rangkaian produk MAZHAB kerana telah dapat kelulusan Kementerian Kesihatan namun belum memasuki pasaran di Sabah dan Sarawak.

Selain memasar produk kecantikan, syarikat itu juga mempunyai pusat perubatan homeopati, pengedar dan pengeksport makanan dan minuman kesihatan dan khidmat pengilang kontrak (OEM).

Orang ramai yang berminat menjadi ejen atau mengetahui lebih lanjut mengenai rangkaian produk MAZHAB boleh menghubungi talian 03-90582002 atau layari laman web www.mazhealthbeauty.biz atau Instagram: purehoneyseries dan lokhaspray serta Facebook: Pure Honey Rich Moist Facial Serum. – MalaysiaGazette