MANCHESTER – Jose Mourinho menyasarkan pemain pertahanan Barcelona, Samuel Umtiti untuk memperkuatkan pertahanannya pada jendela perpindahan Januari depan.
The Mirror melaporkan pengendali Portugal itu berminat dengan Umtiti selepas Victor Lindelof yang dibeli sebanyak £30 juta dari Benfica masih bergelut dengan prestasi sebenar.
Walaupun Mourinho dikatakan berpuashati dengan pemain Axel Tuanzebe, dia perlu bersiap sedia dengan pemain baharu berikutan aksi goyah pemain senior, Chris Smalling.
Umtiti adalah antara pemain yang mencuri tumpuan namun United perlu berdepan klausa pelepasan sebanyak £53 juta dalam kontraknya di Barcelona. – MalaysiaGazette