Home Dunia 4 ikan paus terdampar di Aceh mati

4 ikan paus terdampar di Aceh mati

Kakitangan Agensi Konservasi Indonesia sedang menarik seekor ikan paus yang mati. foto Agensi

ACEH BESAR – Empat ikan paus sperma yang terkandas di pantai di Indonesia mati walaupun usaha menyelamat dilakukan secara besar-besaran.

Ikan paus itu adalah antara 10 ekor yang ditemui oleh penduduk tempatan di sepanjang pantai Ujong Krueng di wilayah Aceh pada Isnin lalu.

Seekor lagi dilihat di dalam air.

Para penyelamat cuba untuk membantu sembilan ekor paus itu kembali ke laut.

Lima ekor paus yang ditolak ke laut tetapi empat mati dipercayai akibat ombak yang melanda tubuh mamalia itu.

“Kami mempunyai masalah mengusir paus-paus itu kerana kurangnya pengalaman dan peralatan tetapi ini adalah pengajaran baik untuk kami kerana Aceh adalah titik persimpangan bagi mamalia laut,” Ketua Agensi Konservasi, Sapto Aji Prabowo.

Bedah siasat akan dijalankan pada ikan-ikan paus tersebut untuk menentukan punca kematian tetapi Prabowo tidak menolak mamalia itu telah datang secara berkumpulan selepas hilang arah.

“Selalunya, paus sperma akan mengelak melalui perairan dalam jika sakit. Dua daripada ikan paus itu sakit. Jadi kami beranggapan ketua-ketua ikan paus itu sakit dan yang lain-lain mengikutnya ke pantai,” kata Prabowo.

Ini adalah kali kedua dalam tempoh beberapa tahun paus sperma ditemui di pantai Sumatera dengan salah satu daripadanya ditemui mati di pantai dekat Banda Aceh pada tahun lalu. – MalaysiaGazette

Misteri sekumpulan ikan paus terdampar di Aceh