NEW YORK – Penggunaan tiga pesawat pejuang Amerika Syarikat dalam latihan tentera bersama Korea Selatan telah meningkatkan ketegangan dan ia boleh membawa kepada perang nuklear.
Amaran itu dibuat oleh wakil Korea Utara di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ja Song Nam dalam sepucuk surat kepada Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres.
Katanya, situasi itu adalah “keadaan paling buruk yang berlaku di dalam dan di sekitar Semenanjung Korea.”
Latihan ketenteraan selama empat hari di barat pasifik itu melibatkan jet pejuang USS Ronald Reagan, USS Nimitz dan USS Theodore Roosevelt bermula pada Sabtu lalu, turut membabitkan kapal-kapal perang Korea Selatan termasuk tiga kapal pemusnah.
Duta besar itu berkata, Amerika Syarikat telah mengaktifkan semula kedudukan pertahanan an leh pesawat pengebom strategik B-52 dan kerap membuat penerbangan B-1B dan jet pengebom B-2 di ruang udara Korea Selatan.
“Latihan perang nuklear besar-besaran dan pemerasan … memberi kesimpulan bahawa pilihan yang kita ambil adalah tepat dan kita harus pergi ke jalan terakhir,” kata Song Nam.
Korea Utara tela melakukan ujian nuklear keenam tahun ini dan menguji beberapa siri peluru berpandu termasuk peluru berpandu balistik antar benua.
Song Nam turut menuduh PBB telah ‘menutup mata terhadap latihan perang nuklear oleh Amerika Syarikat yang membawa kemusnahan kepada kemanusiaan.
Latihan tersebut dilakukan ketika Presiden Donald Trump mengadakan lawatan ke Tokyo, Seoul dan Beijing pada minggu ini, yang mana menyaksikan pelbagai persoalan berhubung menghadapi ancaman senjata Pyongyang. – MalaysiaGazette