Home Sukan Piala Dunia 2018: Itali tersingkir

Piala Dunia 2018: Itali tersingkir

Reaksi pemain Itali yang kecewa apabila pasukan itu tersingkir daripada Piala Dunia 2018 setelah seri tanpa jaringan ketika menentang Sweden awal pagi tadi.

MILAN – Itali tidak akan beraksi pada Piala Dunia untuk pertama kali sejak 1958 selepas pasukan itu terikat 0-0 dengan Sweden di San Siro awal pagi ini.

Selepas dikejutkan dengan kekalahan 0-1 pada perlawanan peringkat kalah mati timbal balik pertama di Sweden, Itali gagal menembusi gol lawan walaupun berusaha keras dalam perlawanan pagi ini.

Keputusan tersebut bermakna Sweden layak ke Piala Dunia dengan agregat 1-0 dan Azzurri hanya akan jadi penonton Piala Dunia dari jarak jauh.

“Saya meminta maaf kepada bola sepak Itali. Kami gagal sesuatu yang memberi makna kepada tahap sosial. Terdapat kekecewaan pada penghujung seperti ini yang bukan disebabkan masa berlalu.

“Terdapat masa depan cerah pada bola sepak Itali yang mana kita mempunyai harga diri, keupayaan, kemahuan dan selepas jatuh dengan teruk kita sentiasa dapat mencari jalan untuk kembali.

“Saya tinggalkan sebuah pasukan yang meliputi Gigio Donnarumma dan Mattia Perin. Saya mahu memluk Chiello, Barza, Leo dan Lele yang telah bersama saya hampir 10 tahun. Saya berterima kasih kepada mereka kerana bersama saya dan walaupun ia tidak mencukupi saya harap kami memberi mereka sesuatu.

“Dalam bola sepak anda menang sebagai satu kumpulan, anda kalah sebagai satu kumpulan, anda membahagi-bahagikan penghargaan dan kesalahan. Jurulatih merupakan sebahagian daripada kumpulan ini,” ,”kata penjaga kapten Itali yang juga penjaga gol pasukan itu, Ginaluigi Buffon seperti dipetik AP.

Ia merupakan tamparan hebat kepada sebuah negara yang telah memenangi kejohonan bola sepak paling berprestij itu sebanyak empat kali. Walaupun menguasai 75 peratus perlawanan dan melakukan 23 percubaan berbanding Sweden yang hanya mencuba sebanyak empat kali, nasib masih tidak menyebelahi pasuka tuan rumah .

Itali juga bernasib baik kerana Sweden dinafikan dua sepakan penalti apabila jelas bola terkena tangan, Matteo Darmian dan Andrea Barzagli.

Itali pula meminta penalti namun tidak diendahkan pengadil, Antonia Mateu Lahoz apabila Marco Parolo dijatuhkan dari belakang oleh Ludwig.

Azzuri bergelut dengan peluang yang terhidang bagi menewaskan kubu Sweden yang kental dan menguji penjaga gol, Robin Olsen hanya sekali sahaja. Daripada 23 percubaan, hanya enam percubaan tepat menuju sasaran.

Tendangan padu El Shaarawy pada lewat permainan merupakan peluang terbaik namun Olsen bertindak cemerlang memastikan golnya tidak dibolosi.

Pemain kelahiran Brazil, Jorginho tampil buat pertama kali apabila diberi kepercayaan oleh jurulatih Itali, Gian Piero Ventura. Pemain itu membakas kepercayaan dengan melakukan dua umpanan kepada Ciro Immobile namun percubaannya terkena net tepi.

Pada satu lagi umpanan menyaksikan Immobile menewaskan Olsen namun Andreas Granqvist mengeluarkan bola pada garisan gol.

Sebelum ini Sweden menewaskan nama besar, Belanda, dalam aksi kumpulan untuk layak ke Piala Dunia.

Kali terakhir Itali tidak beraksi pada kejohanan yang besar ialah pada Piala Eropah 1984 dan 1992. – Agensi