KUALA LUMPUR – Projek Pembangunan Bersepadu Penyulingan dan Petrokimia Petronas (RAPID) di Pengerang, Johor telah 80 peratus siap.
Menurut laporan Bloomberg, perkara itu disahkan oleh Naib Presiden Eksekutif yang juga Ketua Pegawai Eksekutif perniagaan huluan Petronas, Arif Mahmood dalam satu persidangan di Abu Dhabi.
Tambah laporan tersebut, loji berkenaan akan memulakan operasi pada suku pertama 2019.
Malaysia dan syarikat milik kerajaan Arab Saudi, Aramco sedang dalam usaha memuktamadkan pembiayaan bagi loji berkenaan.
Minggu lepas, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, tiada masalah besar dalam cadangan pelaburan Aramco bernilai RM29.7 bilion dalam RAPID dan dijangka urusniaga tersebut bakal diselesaikan tidak lama lagi.- MalaysiaGazette