KUALA LUMPUR – Harga jualan runcit untuk bahan api petrol dan diesel meningkat antara 5 sen seliter hingga 7 sen seliter berkuatkuasa tengah malam ini.
Harga runcit baharu untuk RON95 meningkat sebanyak 7 sen seliter kepada RM2.38 seliter manakala RON97 dijual pada RM2.66 seliter, naik 6 sen seliter.
Harga diesel pula naik sebanyak 5 sen seliter kepada RM2.25 seliter. – MalaysiaGazette