Home Dunia Kakitangan AS di Zimbabwe diminta berlindung dalam rumah

Kakitangan AS di Zimbabwe diminta berlindung dalam rumah

Jenaral Constantino Chiwenga yang didakwa mengetuai rampasan kuasa di Zimbabwe. foto Agensi

HARARE – Duta Amerika Syarikat di Zimbabwe mengarahkan semua pekerja untuk berada dalam rumah berikutan ketidakpastian politik yang sedang berlaku,” kata kedutaan itu dalam satu kenyataan di laman webnya.

Kenyataan itu dikeluarkan di tengah-tengah spekulasi mengenai rampasan kuasa berlaku di Zimbabwe.

Askar-askar negara itu telah ditempatkan di seluruh ibu kota Harare dan bangunan stesen televisyen negara itu, ZBC telah dikuasai tentera selepas Presiden Robert Mugabe, ketua parti pemerintah Zanu-PF mendakwa ketua tentera melakukan pengkhianatan. – MalaysiaGazette