Home Dunia Zimbabwe dalam kawalan tentera

Zimbabwe dalam kawalan tentera

Robert Mugabe. foto Agensi

HARARE – Tentera telah merampas kuasa di Zimbabwe dan Presiden Robert Mugabe yang berkuasa sejak tahun 1980 dilaporkan dalam keadaan selamat.

Selepas merampas stesen televisyen, jurucakap tentera mengumumkan bahawa mereka mensasarkan orang yang dekat dengan Mugabe yang telah menyebabkan “penderitaan sosial dan ekonomi”.

Langkah itu berlaku selepas Mugabe memecat timbalannya, Emmerson Mnangagwa bagi memihak kepada isterinya, Grace Mugabe.

Bunyi tembakan pistol dan artileri boleh didengar di bahagian utara ibukota Harare awal hari ini.

Ketua tentera Zimbabwe telah menafikan berlaku rampasan kuasa.

Beliau memaklumkan Mugabe selamat tetapi kedudukan presiden itu tidak diketahui.

Malah, sehingga kini, tidak ada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh Mugabe.

Mugabe, 93, telah menguasai politik negara miskin itu sejak kemerdekaan dari United Kingdom.

Sementara itu, Pejabat Luar United Kingdom menasihatkan warga Britain di Harare untuk berada di dalam kediaman atau penginapan mereka sehingga keadaan menjadi lebih jelas.

Arahan sama turut dibuat oleh Kedutaan Amerika Syarikat di Harare.

Ketidaktentuan situasi Zimbabwe menyebabkan kedutaan Amerika Syarikat menutup pejabatnya kepada orang ramai. – MalaysiaGazette