KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd.Taib layak menjadi Pengarah Pilihanraya BN Selangor.
Itu cadangan Presiden Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia, Mohd. Ali Baharom dan beliau yakin bekas Menteri Besar Selangor itu akan memimpin perubahan.
Menurutnya, Muhammad yang juga dikenali Mike Tyson dalam dunia politik bakal menjadi gandingan mantap Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar.
“Pengalaman luas beliau (Muhamad) dalam kerajaan negeri, politik sebagai menteri dan penerangan UMNO menjadi kekuatannya merampas Selangor,” ujarnya.
Malah menurut Mohd. Ali, pengalaman Muhammad semasa berada dalam kem Pakatan Harapan juga menjadikannya tahu di mana kelemahan sebenar pembangkang.
Mohd. Ali yang juga dikenali sebagai Ali Tinju mendakwa respon yang diterima agak baik sekiranya Muhammad dilantik sebagai pengarah pilihanraya BN Selangor dalam PRU-14.
Selangor, kata Ali Tinju, masih memerlukan ‘sentuhan’ Muhamad dalam strategi BN merampas kembali Selangor daripada tangan pembangkang.- MalaysiaGazette