KUALA LUMPUR – Emperor Secure Management Sdn. Bhd. (Emperor Secure) tampil memperkenalkan sistem pagar lipat tanpa tayar dan trek yang kualiti tinggi dan kukuh dikenali sebagai Emperor Gate.
Pengarahnya, Nor Jalilah Abd. Jalil berkata, pihaknya mengambil inisiatif sejak awal tahun ini dengan menghasilkan pagar automatik lebih canggih selepas kajian mendapati kualiti pagar automatik tradisional untuk kediaman sebelum ini sering mengalami kerosakan.
Jelasnya, ini menyebabkan pemilik rumah berdepan masalah kewangan kerana kos pembaikannya mencecah sehingga ribuan ringgit.
“Emperor Gate merupakan inovasi ciptaan pagar moden yang bersesuaian dipasang di semua jenis keadaan permukaan lantai kerana ia tidak memerlukan trek untuk menyokong tayar pagar seperti pagar tradisional.
“Kelebihan pagar ini membolehkan proses membersih halaman rumah lebih mudah kerana tidak berlaku air atau sampah yang bertakung di sekitar trek pagar tersebut.
“Ramai pemilik rumah tidak menyedari bahawa air dan sampah yang bertakung merupakan salah satu punca kepada tayar pagar tradisional boleh berkarat dan ini akan menyebabkan tayar cepat rosak.
“Menurut kajian kami, setiap tiga hingga empat bulan tayar pagar tradisional perlu diganti dan kos pembaikannya adalah serendah RM400,” katanya pada sidang akhbar berhubung pengenalan Emperor Gate di sini baru-baru ini.
Turut hadir Pengarah Pembangunan syarikat, Daniel Danish Lok Abdullah.
Nor Jalilah menjelaskan, Emperior Gate dicipta tepat pada waktu ini kerana kerana ia merupakan teknologi terkini menawarkan ketepatan 100 peratus dan dipatenkan bukan sahaja di Malaysia malah sesuai dipasang di negara Asia lain dan Eropah.
Malah jelasnya, reka bentuk pagar yang dihasilkan memiliki pelbagai jenis dengan menonjolkan visual sesebuah sambil melindungi pemandangan dari luar.
Katanya, pagar moden yang menawarkan jaminan selama lima hingga 10 tahun itu telah didaftarkan di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia.
Tambah beliau, saiz pagar yang ditawarkan ialah antara 12 kaki hingga 80 kaki dengan harga serendah RM6,000.
“Bagaimanapun, kos tempahan Emperor Gate ini lebih rendah antara 30 hingga 40 peratus daripada pesaing kerana syarikat memiliki kilang pembuatan sendiri, malah ketahanan pagar moden ini dapat memberi penjimatan daripada membayar kos pembaikan tayar pagar tradisional,” ujarnya.
Tambah beliau, permintaan terhadap pagar moden itu semakin bertambah dan syarikat mengunjurkan jualan sehingga 300 set pada suku pertama tahun depan.
“Masalah yang dihadapi sekarang apabila mendapat tempatan yang cukup luar biasa sehingga ada yang terpaksa kami tolak.
“Ini syarikat masih belum memiliki jumlah pengedar yang mencukupi di seluruh negara,” katanya.
Mereka yang berminat untuk membuat tempahan dan menjadi pengedar, boleh menghubungi talian 016-666 0661 atau 012-969 0661. – MalaysiaGazette