Home Dunia Israel punyai hubungan rahsia dengan ‘banyak’ negara Arab – Menteri

Israel punyai hubungan rahsia dengan ‘banyak’ negara Arab – Menteri

Yuval Steinitz

BAITULMAQDIS – Seorang menteri Kabinet berkata Israel mempunyai hubungan rahsia dengan ‘banyak’ negara Arab dan Islam namun diwajibkan tidak menamakannya atas permintaan negara terlibat.

Dalam satu teubual yang jarang dilakukan oleh ketua angkatan tentera Israel kepada laman berita milik Arab Saudi memperkukuhkan lagi hubungan rapat itu.

Ia disusuli petunjuk sebelum ini oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan dakwaan Hezbollah bahawa Arab Saudi menekan Israel untk menyerang kumpulan syiah Lubnan.

“Kami mempunyai hubungan, ada antaranya secara rahsia, dengan banyak menara Arab dan Islam,” kata Menteri Tenaga Israel, Yuval Steinitz kepada radio tentera Israel semalam, lapor Daily Sabah yang memetik laporan AFP.

“Pada Kebiasaannya, negara yang mahu menjalinkan hubungan, pihak di sebelah sana mahu ia dirahsiakan.

“Kami menghormati permintaan di pihak satu lagi apabila hubungan sedang dilakukan, sama ada ia dengan Arab Saudi atau negara Arab lain atau negara-negara Islam,” katanya sebagai mengulas soalan mengenai hubungan dengan Riyadh.

Walaupun Arab Saudi dan Israel tidak mempuyai hubungan diplomatik secara rasmi, kedua-dua negara berkongsi musuh iaitu Iran, dengan kedua-dua negara itu mahu mengehadkan penularan pengaruh republik tersebut di Timur Tengah.

Netanyahu juga dengan bangga dan berulang kali menyatakan peningkatan pendekatan dengan ‘negara Arab moderate’ tanpa menamakannya, dengan andaian dia merujuk kepada Arab Saudi dan Negara-negara Teluk lain.

“Kami berdiri bahu ke bahu dengan negara negara kem moderate dunia Arab dalam menghadapi Islam radikal,” katanya kepada Parlimen Israel pada minggu lalu.

“Saya berpendapat hubungan rapat dan rundingan yang sedang berkembang ini dan ia baik untuk keselamatan dan keamanan akhirnya,” tambah beliau.

Hubungan tegang antara Arab Saudi dan Iran meningkat sejak beberapa minggu lalu dengan Riyadh yang disokong Perdana Menteri Lubnan, Saad Hariri berkata, beliau meletakkan jawatan dengan menyifatkan cengkaman Iran terhadap negaranya.

Pada 10 November lalu, Ketua Hezbollah, Hassan Nasrallah berkata, dia mempunyai ‘maklumat bahawa Arab Saudi telah meminta Israel menyerang Lubnan’.

Pada minggu lalu, Presiden Iran, Hassan Rouhani mengulangi dakwaan itu. – Agensi

1 Komen

  1. begitu ke cara orang islam bila takut . bersahabat dengan musuh untok melawan musuh satu lagi . walau pun sealiran ugama .

Comments are closed.