NEW YORK – Britain menarik diri daripada persaingan sengit untuk kerusi di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), sekali gus membolehkan hakim dari India mengambil mengisi tempat itu.
Keputusan itu merupakan kali pertama dalah sejarah sejak ICJ ditubuhkan pada tahun 1945 – tanpa hakim British.
Pilihan raya itu menjadi buntu antara calon Britain Christopher Greenwood, yang mendapat sokongan dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan hakim India, Dalveer Bhandari yang memenangi undi di Perhimpunan Agung.
“United Kingdom telah membuat kesimpulan bahawa adalah satu kesalahan untuk terus mengambil masa Majlis Keselamatan dan Perhimpunan Agung PBB dengan pusingan pilihan raya selanjutnya,” kata Duta Besar British, Matthew Rycroft.
Greenwood pula berkata: “Kami sememangnya kecewa, tetapi ia adalah medan yang kompetitif dengan enam calon yang kuat”.
Greenwood pernah berkhidmat selama sembilan tahun di ICJ yang berpusat di The Hague dan berusaha untuk berkhidmat untuk kali kedua.
Sesetengah diplomat menganggap kegagalan Britain untuk menyokong calonnya di Perhimpunan Agung kerana kehilangan pengaruh selepas meninggalkan Kesatuan Eropah.
Pada bulan Jun lalu, Perhimpunan Agung mengundi untuk merujuk status undang-undang Kepulauan Chagos yang dikuasai oleh British ke ICJ.
Hakim lain yang dipilih ialah Nawaf Salam dari Lubnan, Ronny Abraham (Perancis), Abdulqawi Ahmed Yusuf (Somalia) dan Antonio Augusto Cancado Trindade (Brazil). – MalaysiaGazette