Home Nasional Protes ‘bantah kenaikan harga minyak’ PH tinggal tujuh orang

Protes ‘bantah kenaikan harga minyak’ PH tinggal tujuh orang

Hanya tinggal tujuh peserta protes 'bantah kenaikan harga minyak' di Jalan Parlimen, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Protes Pemuda Pakatan Harapan (PH) yang memasuki hari kedua hari ini hambar apabila hanya beberapa orang peserta sahaja yang masih kelihatan.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati hanya 7 peserta protes berkenaan yang meneruskan protes di Jalan Parlimen.

Semalam, empat buah khemah didirikan di perkarangan jalan berkenaan namun segera diturunkan atas arahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Protes yang dijadualkan bermula pada jam 1 pagi itu diarahkan memasang khemah mereka di Padang Merbok.

Ketika itu, peserta protes itu hanya dalam lingkungan 20 orang sahaja.

Ketua Polis Dang Wangi, ACP Shaharuddin Abdullah semalam berkata, pihaknya akan memantau bantahan itu dan akan menghentikan protes tersebut jika peserta protes berarak ke Parlimen.

Protes membantah kenaikan harga minyak dijangkakan berakhir pada jam 6 petang, Rabu ini.

PH minggu lalu berkata akan mengadakan perhimpunan membantah harga minyak di parlimen mulai hari ini

Ia diumumkan oleh Pemuda Parti Amanah Negara (PAN), Shazni Munir Mohd Ithnin. -MalaysiaGazette.