DAMANSARA – Lot 15, pembangunan terkini Sime Darby Property di Subang Jaya, mencapai jualan kukuh apabila 64 peratus kediamannya dijualĀ dalam tempoh dua hari pelancaran pada 18 dan 19 November lalu.
Sejumlah 130 daripada 204 unit kediaman yang ditawarkan Lot 15 dapat dijual, sekali gus menandakan permintaan yang baik untuk harta kediaman di pusat bandar raya yang serba lengkap, sibuk dan mewah di Pusat Bandar Subang Jaya (SJCC ).
Lot 15 adalah unit apartmen servis ditawarkan dari harga RM593,888 hingga RM1,009,888 sebelum diskaun dan rebat untuk Bumiputera.
Kediaman itu ditawarkan dengan bukaan kediaman dari 624 kaki persegi hingga 1,001 kaki persegi dengan dua jenis unit dari 1+1 hingga 2+1 bilik tidur.
Pakej jualan juga termasuk bayaran guaman kepada Perjanjian Jual Beli dan pembayaran, yuran guaman pinjaman dan pembayaran serta bayaran penyelenggaraan selama 12 bulan. Diskaun tambahan khas sehingga 3 peratus terersedia untuk ahli PRIME Hartanah Sime Darby.
Lot 15 adalah pangsapuri perkhidmatan yang terdiri daripada dua menara kediaman 20 tingkat dengan sejumlah 361 unit kediaman dan tiga tingkat unit runcit.
Projek itu meliputi kawasan seluas 2,227 ekar dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM269.2 juta.
Lot 15 direka dengan bilik menghadap ke luar dengan pemandangan yang dimaksimumkan oleh tingkap dinding-dinding yang besar. Penggunaan konkrit bertetulang dalam di sepanjang tingkap memberikan naungan daripada matahari.
Ruang tamu dan ruang makan sampingan membolehkan pemanfaatan ruang yang fleksibel, dengan cahaya dan pengudaraan yang semulajadi.
Unit terpilih yang dilengkapi dengan tingkap-tingkap teluk menikmati pemandangan yang menonjol dan rasa lapang. Semua unit direka dengan nisbah 1: 1 bilik tidur hingga bilik mandi.
Bersesuaian dengan konsep apartmen servis, Lot 15 turut menyediakan kemudahan pavilion, kolam renang dewasa dan kanak-kanak, jakuzi, dewan pelbagai guna, gimnasium, bilik sauna, kawasan BBQ, bilik solat, persalinan dan bilik mandi.
Setiap menara menawarkan tiga taman, ‘rooftop’ dengan taman herba – kawasan terbaik untuk keluarga dan rakan-rakan berkumpul. – MalaysiaGazette