RIYADH – Tiga mangsa mati dalam kejadian banjir kilat yang berlaku di Jeddah sejak hujan lebat semalam.
Menurut portal Saudi Gazette, salah seorang mangsa mati akibat kejutan eletrik manakala dua lagi mati akibat kemalangan di kawasan berhampiran Jeddah.
Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi juga menerima sebanyak 250 laporan berkenaan litar pitas, kata jurucakapnya Kolonel Saeed Al Sarhan hari ini.
Sementara itu, Palang Merah juga menerima sebanyak 17 kes kemalangan melibatkan banjir termasuk berhampiran Masjid Nabi.
Sejumlah 481 orang terperangkap dan diselamatkan di Mekah, Madinah, Tabuk dan Al Jouf. – MalaysiaGazette