KOTA BHARU – Selepas Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Nozula Mat Diah diarah keluar daripada persidangan DUN kesemua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) juga keluar dewan sebagai tanda protes.
Ahli Dewan Undangan Negeri Dabong, Datuk Ramzi Ab.Rahman yang mewakili wakil rakyat BN lain merasa kecewa dengan tindakan Speaker DUN Kelantan yang mengusir Nozula.
Sambil menyifatkan ia perkara luar biasa, beliau juga berkata, tidak pernah berlaku dalam mana-mana sidang DUN sebelum ini, seorang ketua pembangkang tidak diberi peluang berbahas selepas pembentangan bajet.
“Tak adil sangat-sangat, apa nak kejarnya masa banyak beri peluang kepada ketua pembangkang.. saya rasa tak pernah berlaku di mana-mana tempat ketua pembangkang tak diberi berbahas,” ujarnya kepada pemberita selepas mengiringi Nozula keluar DUN Kelantan.
Menurut Ramzi, keputusan kesemua ADUN BN keluar bersama Nozula sebagai solidariti terhadap ketua mereka dan membantah tindakan speaker.
Sementara itu, Nozula yang masih teresak-esak di luar DUN Kelantan tidak dapat mengulas panjang apa yang berlaku dan dibawa masuk ke kereta oleh wakil-wakil rakyat yang lain.
Biar tuhan balas, kata Nozula menangis
rakyat akan tinggal pas nanti .nampak sangat salah guna kuasa berlaku . tenang lah yb tuhan akan balas nanti