Home Sukan Veenod disambar TRW

Veenod disambar TRW

S. Veenod bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Bibi Ramjani Ilias Khan selepas majlis menandatangani kontrak.

KUALA LUMPUR – Pemain tengah Selangor, S. Veenod memilih destinasi baharu pada saingan Malaysia 2018 apabila akan menyarung jersi skuad The Red Warriors (TRW).

Pemain berusia 29 tahun itu dilaporkan menandatangani kontrak selama dua tahun bersama TRW.

Difahamkan, Veenod baru sahaja menandatangani kontrak bersama Kelantan pagi.

Gambar dirinya bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Bibi Ramjani Ilias Khan selepas majlis menandatangani kontrak kini muncul di media sosial. – MalaysiaGazette