SINGAPURA – Ekonomi Singapura bagi tahun 2017 diunjur lebih baik kepada 3.0 hingga 3.5 peratus, lebih baik daripada jangkaan.
Sebelum ini Singapura mensasarkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara 2.0 hingga 3.0 peratus.
Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) Singapura berkata, ekonominya berkembang sebanyak 5.2 peratus pada suku ketiga berbanding 2.9 peratus pada suku sebelumnya, dipacu oleh sektor pembuatan.
MTI berkata, prestasi itu adalah baik sejak ekonomi Singapura merekodkan pertumbuhan pada suku keempat 2013.
Eksport domestik bukan minyak naik 7.6 peratus pada suku ketiga.
Untuk tahun 2018, ekonomi Singapura diunjurkan berkembang sebanyak 1.5 peratus kepada 3.5 peratus.
MTI berkata, kadar pertumbuhan dijangka sederhana berbanding tahun 2017 tetapi kekal kukuh.
Sektor pembuatan dijangka terus berkembang dan menyokong keseluruhan KDNK. – MalaysiaGazette