Home Ekonomi Inflasi Oktober 3.7%

Inflasi Oktober 3.7%

KUALA LUMPUR – Kadar inflasi pada Oktober dicatatkan 3.7 peratus berbanding tahun lalu dan lebih rendah berbanding 4.3 peratus yang dicatatkan pada September.

Data yang dikeluarkan Jabatan Statistik menunjukkan inflasi bulan Oktober dipacu oleh kenaikan harga minyak dengan indeks pengangkutan meningkat 12.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Bank Negara Malaysia menjangkakan inflasi 2017 berada di antara tiga hingga empat peratus. – MalaysiaGazette