Home Ekonomi Inflasi sederhana kepada 2.7 % pada 2018 – RHB Research

Inflasi sederhana kepada 2.7 % pada 2018 – RHB Research

RHB
RHB

KUALA LUMPUR – RHB Research Institute menjangka inflasi sederhana kepada 2.7 peratus pada 2018 berikutan harga minyak yang stabil, manakala ringgit yang kukuh diterjemahkan kepada harga import yang lebih rendah.

Indeks Harga Pengguna, yang diumumkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia hari ini, susut kepada 3.7 peratus pada Oktober 2017 berbanding 4.3 peratus pada September 2017 dan sepadan dengan kadar pada Ogos.

“Ini berikutan peningkatan kos pengangkutan yang perlahan, serta harga makanan dan minuman,” menurut RHB Research dalam nota penyelidikan hari ini.

Kos pengangkutan merosot kepada 12.1 peratus pada Oktober 2017 berbanding 15.8 peratus pada September, dan berbanding 11.7 peratus pada Ogos.

Ini disebabkan harga minyak RON95, pada purata, turun sebanyak 0.9 peratus bulan ke bulan pada Oktober.- BERNAMA