Home Ekonomi Penyerahan Myvi serba baharu cecah 1,000 unit

Penyerahan Myvi serba baharu cecah 1,000 unit

PUTRAJAYA, 16 Nov -- Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapha Mohamed bersama Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin (tiga, kanan) semasa melancarkan model Perodua Myvi serba baharu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. Turut sama Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh (dua, kiri). Model baharu Myvi itu dijual pada harga bermula RM 44,300 sehingga RM55,300 dan boleh didapati di semua pusat pameran Perodua seluruh negara.?--fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) telah menyerahkan 1,000 unit Myvi serba baharu kepada pelanggan di seluruh negara sejak pelancaran rasmi pada 16 November 2017 dengan lebih 80 peratus adalah bagi varian 1.5L.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin berkata, syarikat itu berusaha untuk menyerahkan Myvi serba baharu kepada pelanggan bagi memenuhi keperluan mendesak mereka terhadap pengangkutan.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, pihaknya mempunyai stok yang cukup bagi memenuhi permintaan yang telah mencatat 13,000 tempahan setakat ini.

“Sambutan daripada orang ramai amat menggalakan dan kami berterima kasih kepada pelanggan kerana memilih Perodua, terutama Myvi serba baharu sebagai kereta pilihan mereka.”

“Kami mengalu-alukan pelanggan ke bilik pameran untuk berbincang dengan penasihat jualan kami untuk melihat dan memandu uji sendiri Myvi serba baharu itu,” tambahnya.- BERNAMA