NEW YORK – Pengasas Amazon.com, Jeff Bezos menjadi bilionair terkini dunia yang memiliki kekayaan sebanyak AS$100 bilion selepas saham peruncit dalam talian itu melonjak dua peratus atau AS$2.4 bilion kepada AS$100.3 bilion didorong keyakinan pelabur terhadap jualan Black Friday.
Menurut Adobe Analytics, pembelian dalam talian meningkat 18.4 peratus berbanding tahun lalu dan pelabur meletakkan taruhan kepada syarikat-syarikat jualan dalam talian sempena musim perayaan ini.
Kekayaan melebihi AS$100 bilion itu menjadikan Bezos, 53, bilionair pertama yang membina aset melebihi 12 angka sejak 1999 selepas pengasas bersama Microsoft, Bill Gates melakukannya.
Kekayaan Bezos meningkat AS$32.6 bilion tahun ini dan peningkatan paling besar yang pernah dicatatkan dalam Indeks Bilionair Bloomberg, ranking harian bagi 500 individu terkaya di dunia. – MalaysiaGazette