
KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Sepang dan Kuala Langat akan mengalami gangguan bekalan air sementara semasa kerja-kerja penggantian perkakasan yang akan dijalankan di Kolam Air Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pada Selasa depan bermula jam 8 malam hingga 5 petang, 29 November 2017.
Sehubungan itu, orang ramai di kawasan berkenaan diminta menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja bermula pada tarikh tersebut.
Segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja ini secepat mungkin untuk memastikan pemulihan bekalan air lebih awal ke kawasan-kawasan terlibat. – MalaysiaGazette